Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    TBA meterai perjanjian dengan JBP

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya, Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA), memeterai perjanjian bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), yang berlangsung di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Landasan Lama, Berakas pada 21 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, menandatangani bagi pihak JBP ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lim Hock Guan dan bagi pihak TBA ialah Ketua Pegawai Operasi TBA, Awang Barudin bin Haji Kudil.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Penolong Pengarah Perancangan Latihan dan Kakitangan, Hajah Siti Mayang binti Haji Hussin dan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Perniagaan, Sales Distribution Channel and Property Claims Department, Awang Mohd Suffian bin Haji Mohd Salleh.

    Penandatanganan itu adalah bagi pelan takaful keluarga berkelompok untuk perlindungan kepada keanggotaan JBP bagi insurans kemalangan diri dan Term Life Group yang memberi perlindungan kepada keanggotaan dalam bentuk faedah pampasan kerana kematian atau hilang upaya kekal yang merangkumi perlindungan 24 jam ketika bertugas di dalam juga di luar negeri dalam tempoh tiga tahun bagi seramai 1,473 keanggotaan dengan had perlindungan maksimum sehingga $100,000.

    JBP turut menyatakan bahawa jabatan berkenaan ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Marsyal Bomba dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.

    Orang ramai disarankan jika berlaku sebarang insiden kecemasan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Lim Hock Guan (kiri) dan Awang Barudin (kanan) menunjukkan dokumen perjanjian yang dimeterai dalam majlis penandatanganan perjanjian yang berlangsung di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat pada 21 Mac lalu.
    Lim Hock Guan dan Awang Barudin semasa menghadiri majlis penandatanganan perjanjian yang berlangsung di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...