Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Telefon jatuh, lelaki terperangkap 36 jam dalam longkang

    SYDNEY, 26 MAC – Pekerja kecemasan Australia hari ini berkata mereka telah menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam longkang besar Brisbane selama 36 jam selepas cuba mendapatkan telefon bimbit yang terjatuh.

    Lelaki itu, dalam lingkungan 30an, dilaporkan memasuki jalan bawah tanah di kota tropika itu pada hujung minggu.

    Selepas menolak tawaran bantuan awal daripada seorang pejalan kaki pada Ahad, dia terpaksa meminum air longkang semasa mencari jalan keluar.

    Perkhidmatan kecemasan akhirnya dipanggil ke tempat kejadian apabila seorang penduduk terdengar bunyi nafas dari longkang sekitar jam 11 pagi kelmarin.

    Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan Queensland memberitahu AFP anggota bomba tiba dan berjaya membuka penutup longkang dan menyelamatkan lelaki itu.

    Dia dikatakan mengalami luka melecet dan terdedah kepada kesejukan dan dibawa ke Hospital Mater. Perkhidmatan kecemasan berkata dia berada dalam keadaan stabil.

    Brisbane telah menghadapi beberapa hari cuaca basah dan hujan turun membanjiri longkang semasa lelaki itu terperangkap di dalamnya.

    Seorang pejalan kaki, James Lingwood memberitahu media tempatan dia melihat lelaki yang terperangkap itu pada Ahad, mendengar jeritan datang dari longkang ketika dia keluar untuk berlari.

    “Saya bertanya ‘awak OK? Boleh saya bantu awak?’, dia berkata ‘tidak bro, saya baik-baik saja’ tetapi dia berada dalam air setinggi lutut dan saya berfikir apa yang harus saya lakukan,” kata Lingwood kepada Courier Mail.

    “Tetapi dia kelihatan baik-baik saja dan dia berkata dia boleh keluar dari tempat dia masuk jadi saya biarkan dia seorang diri.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...