Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Thailand gugur peraturan pemakaian pelitup muka

    BANGKOK, 24 JUN – Thailand telah memansuhkan peraturan pemakaian pelitup muka kepada orang ramai bermula hari ini, menurut kenyataan pihak kerajaan, ketika kes COVID di negara itu semakin menurun dan sebagai usaha untuk menarik pelancong asing.

    Pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam sejak pertengahan 2021, apabila negara itu menyaksikan peningkatan kes yang dipacu oleh varian Delta.

    Namun negara itu tidak sabar untuk memulihkan semula ekonominya dan melonggarkan sekatan-sekatan COVID, termasuk menghapuskan kebanyakan peraturan kemasukan bermula bulan hadapan.

    “Memakai pelitup muka kini menjadi pilihan masing-masing,” kata Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Chan, kelmarin.

    Kementerian kesihatan menyarankan orang ramai untuk terus memakai pelitup muka di tempat sesak atau kawasan yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik, namun kenyataan tidak menyatakan mengenai pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam.

    Pelancong-pelancong mengambil gambar di stesen BTS Skytrain di Bangkok, 24 Jun 2022. Thailand menggugurkan peraturan pemakaian pelitup muka kepada orang ramai bermula kelmarin.– AFP

    Namun pengumuman oleh syarikat pengangkutan metro swasta di Bangkok berkata ia masih mewajibkan pengembara untuk memakai pelitup muka dalam kereta api milik mereka.

    Rata-rata ramai bersetuju dengan perubahan dasar tersebut.

    “Melonggarkan sekatan akan membolehkan orang ramai kembali menjalani kehidupan secara normal,” kata Supanya Pajaree, pekerja bebas berusia 26 tahun.

    Kerajaan Thailand mengambil langkah tersebut selepas Singapura dan Kemboja mengumumkan menghapuskan keperluan memakai pelitup muka di luar bangunan.

    Bermula 1 Julai, pengembara hanya perlu membawa sijil vaksinasi atau menjalani ujian COVID semasa ketibaan.

    Ekonomi Thailand merosot sejak dua tahun lalu, dengan pertumbuhan terjejas akibat kos sara hidup yang meningkat dan COVID. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...