Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    The Reds kuasai perlawanan tewaskan Benfica

    LISBON, 6 APRIL – Liverpool mendominasi suku akhir Liga Juara-juara menentang Benfica kelmarin selepas Sadio Mane, Ibrahima Konate dan Luis Diaz memberi memberikan kemenangan 3-1 pusingan pertama di Lisbon.

    Konate menjaringkan gol pertama untuk Liverpool, hasil daripada sepakan sudut sebelum Mane menjaringkan gol untuk meletakkan pasukan pelawat selesa di hadapan di Estadio da Luz.

    Benfica cuba bangkit pada awal separuh masa kedua apabila Konate melakukan kesilapan sekali gus membolehkan Darwin Nunez untuk menjaringkan gol, tetapi Diaz, yang bermain dengan baik sepanjang malam, menambah gol ketiga Liverpool untuk meletakkan pasukannya selangkah bermain di pusingan separuh akhir.

    “Mereka bermain dengan bersungguh-sungguh. Kami membuka sedikit peluang untuk mereka,” kata Jurgen Klopp. “Kami menjaringkan gol ketiga dan merasa semua orang bersetuju bahawa kami boleh dan sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol lagi.”

    Liverpool akan menjadi yakin dapat menamatkan tugas di Anfield minggu depan, dengan Klopp cukup selesa untuk mengeluarkan Mohamed Salah, Mane dan Thiago Alcantara selepas sejam perlawanan.

    Salah, khususnya, sudah pasti akan diturunkan untuk perlawanan Ahad nanti, apabila Liverpool menentang Manchester City dalam apa yang boleh menjadi perlawanan penentu dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

    Satu-satunya kekecewaan adalah Salah tidak berhasil menjaringkan gol, dengan pemain Mesir itu terlepas beberapa peluang.

    Benfica terselit antara perlawanan liga Liverpool dan City, serta adanya dua piala, dengan separuh akhir Piala FA di Wembley akan diadakan selepas perlawanan kedua minggu depan, sebelum pasukan Klopp meneruskan perlawanan liga menentang Manchester United dan saingan tempatan, Everton.

    Kemenangan meyakinkan Liverpool mungkin memberikan Klopp kemudahan untuk bergilir pemain sekali lagi untuk perlawanan pada minggu depan. – AFP

    Aksi Ibrahima Konate menanduk bola dan menjaringkan gol semasa perlawanan suku akhir UEFA Liga Juara-juara antara Benfica dan Liverpool di stadium Luz di Lisbon. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...