Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ayu Raudhah rindu berlakon, mula ceburi perniagaan

    Suatu ketika dahulu nama Ayu Raudhah (gambar) pernah rancak menghangatkan dunia lakonan, namun aktres itu memilih untuk memperlahankan karier seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha.

    Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 itu mengakui sehingga kini dia masih menyimpan perasaan rindu terhadap dunia lakonan.

    Masih menerima tawaran, pelakon berusia 37 tahun ini tetap mahu mengutamakan lima anaknya iaitu Muhd Aisy Qaiser, 8, Muhd Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhd Aisy Khaliq, 2 dan Muhd Aisy Al Jibreel (10 bulan).

    “Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di TV, lagi menebal kerinduan.

    “Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba.

    “Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon.

    “Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata,” kata Ayu kepada mStar.

    Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu juga mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian perempuan dan lelaki serta tudung.

    Ayu kini duta pakaian wanita jenama byLR bersama suaminya, Mohd Zaquan Adha ditemui ketika sesi santai bersama media di Serai@Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...