Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Tiada kes rasuah besar di Sarawak – SPRM

    SIBU, 28 FEB – Sarawak bukan ‘juara’ di dalam kes-kes melibatkan rasuah, malah ia patut berbangga kerana tiada kes-kes besar berkaitan rasuah dilaporkan berlaku, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

    Beliau berkata berdasarkan rekod pihaknya, trend rasuah di Sarawak dilihat tidak meningkat, dan ia lebih stabil. Bagaimanapun beliau mencadangkan kerajaan Sarawak memberi peanekanan kepada kes-kes yang melibatkan tuntutan palsu dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam, yang boleh mendatangkan kerugian sekiranya terus dibiarkan berlaku.

    Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai ‘Integriti, Tadbir Urus dan Anti Rasuah: Cabaran dan Masa Hadapan’ pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2022 di sini hari ini.

    Azam berkata 72 kes tuntutan palsu dan 25 kes salah guna kuasa dilaporkan dari 2017-2021, dan dalam tempoh berkenaan 34 tangkapan berhubung tuntutan palsu dan 24 kes salah guna kuasa dikesan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...