Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tiga masjid terima sumbangan daripada VAM®BRN

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan VAM®BRN

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Tiga buah masjid di Daerah Brunei dan Muara, hari ini, telah menerima sumbangan daripada VAM®BRN Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat.

    Penyerahan sumbangan kepada Masjid Kampung Belimbing, Subok, Masjid Tanah Jambu dan Masjid Kampung Sungai Hanching telah dilakukan oleh kakitangan VAM®BRN Sdn Bhd dan diterima oleh wakil-wakil masjid berkenaan.

    Sumbangan berupa alat pemeriksa suhu, pembersih tangan dengan dispenser automatik, sabun tangan, mesin ‘fogging’, semburan disinfektan dan pelitup muka itu adalah sebagai langkah untuk melindungi dan memastikan keselamatan jemaah berikutan situasi COVID-19 di negara ini.

    Kakitangan VAM®BRN bergambar ramai bersama wakil Masjid Kampung Belimbing Subok.
    Gambar ramai semasa penyampaian sumbangan di Masjid Kampung Sungai Hanching.
    Kakitangan VAM®BRN bergambar ramai bersama wakil Masjid Tanah Jambu semasa menyampaikan sumbangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...