Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tingkat atas musnah dijilat api

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Kejadian kebakaran rumah telah memusnahkan tingkat atas rumah dua tingkat di Kampung Mata-mata, Gadong kelmarin, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) hari ini.

    JBP dalam kenyataan yang dikeluarkan telah mengerahkan sembilan orang anggota JBP dari Balai Bomba Beribi, diketuai oleh ASO Azami bin Haji Bungsu ke tempat kejadian pada pukul 9:17 pagi.

    Apabila sampai di tempat panggilan, api besar didapati membakar keseluruhan tingkat atas sebuah rumah jenis dua tingkat.

    Kesemua penghuni rumah telah pun keluar sebelum jentera bomba sampai.

    Ahli-ahli bomba dan penyelamat bertindak memakai alat pernafasan dan menggunakan tiga jet hos dengan air diperoleh daripada tangki kereta bomba dan pili bomba yang berdekatan di mana api dapat dikawal dalam masa 10 minit.

    Pegawai bomba yang hadir di tempat kejadian ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi A, SFR Pengiran Haji Asmali bin Pengiran Haji Ahmad dan Stesen Komander Balai Bomba Beribi, ASFR Mohd Saifuddin bin Abdullah.

    JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan bangunan dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api mudah alih jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api, memastikan mana-mana suis peralatan elektrik ditutup selepas digunakan atau sebelum meninggalkan bangunan serta memastikan penyimpanan bahan-bahan yang mudah terbakar di tempat yang teratur dan memastikan kebersihan di kawasan bekas sisa-sisa bahan bahaya.

    Rentung…tingkat atas rumah yang musnah dalam kebakaran tersebut.
    Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Mata-Mata, Gadong, baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...