Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Tingkat hasil durian guna teknologi tinggi

    BATU PAHAT, MALAYSIA – Dari penggunaan dron penyembur racun perosak, sensor mengukur keasidan tanah sehinggalah perenjis baja mekanikal menunjukkan sebuah ladang di Malaysia menggunakan kaedah berteknologi tinggi untuk meningkatkan hasil tanaman duriannya.

    Ditanam di seluruh Asia Tenggara, peminat memuji durian sebagai ‘raja buah’ kerana rasanya yang manis pahit dan isinya yang lunak berwarna keemasan, dan buah ini amat popular di China.

    Tetapi bagi pengkritiknya, ia adalah buah yang paling busuk di dunia, dengan bau menyengat seperti makanan membusuk yang menyebabkan ia diharamkan untuk dibawa ke hotel dan pengangkutan awam di seluruh rantau ini.

    Dalam pasaran yang kompetitif, penanam Malaysia Top Fruits Plantations telah beralih kepada kaedah berteknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluarannya.

    “Ia adalah cara yang lebih pantas untuk mendapatkan hasil yang lebih konsisten,” kata pengarah urusan Tan Sue Sian kepada AFP semasa lawatan ke salah sebuah ladang syarikat di Batu Pahat, selatan Johor baru-baru ini.

    Kelihatan pekerja menggunakan dron untuk menyembur racun perosak pada pokok durian di ladang durian Top Fruit di Batu Pahat di Johor. – AFP
    Sensor merupakan kotak yang dipasang pada tiang yang disambungkan ke tanah bersama satu siri kabel seluas 400 ekar di ladang Top Fruits bagi menyampaikan data tentang kualiti dan kandungan tanah kepada peranti pekerja. – AFP

    Seorang pekerja membaca paras gula daripada sampel buah durian di kilang Top Fruit di Batu Pahat. – AFP
    Para pekerja kelihatan menyediakan pes durian. – AFP
    Gambar menunjukkan buah durian di keluarkan daripada tangki pembekuan nitrogen cecair di kilang Top Fruit. – AFP

    Dengan menggunakan teknologi membolehkan petani mengukur dengan lebih tepat berapa banyak baja dan air yang diperlukan pokok, katanya.

    “Apabila awda memberi apa yang diperlukan, buah akan menjadi lebih konsisten.

    Bentuknya akan lebih baik, dan aromanya akan lebih baik,” tambah Tan, yang berpengalaman lebih 30 tahun menanam durian.

    Pemacu utama adalah sensor yang dipasang pada seluas 400 ekar di ladang Top Fruits seluas 700 ekar di Batu Pahat, menyampaikan data tentang kualiti dan kandungan tanah kepada peranti tangan pekerja.

    Sensor merupakan kotak yang dipasang pada tiang, di-sambungkan ke tanah dengan satu siri kabel.

    Menjelang tahun 2024, seluruh ladang harus dilengkapkan dengan sensor berkenaan.

    Perenjis dipasang pada rangkaian paip yang diaktifkan dari jauh untuk menyembur baja ke pokok, manakala dron berlegar di atas ladang untuk menyembur racun perosak.

    Kaedah sebegini tidak pernah didengari di ladang durian lain di Malaysia, di mana penanam biasanya bergantung kepada tenaga buruh yang besar, naluri dan tekaan yang memiliki pengetahuan. Pelaburannya sangat besar, di mana Top Fruits telah membelanjakan kira-kira empat juta ringgit (AS$900,000) sepanjang tiga tahun lalu untuk teknologi itu.

    Tetapi pelaburan itu telah membawa kepada peningkatan dalam hasil sebanyak 40 peratus, manakala tenaga kerjanya telah menyusut sebanyak 30 peratus.

    Syarikat itu kini mampu mengeluarkan 800 tan durian dari ladangnya setiap tahun, dengan lebih 80 peratus tanamannya dibekukan di kilang untuk dieksport ke luar negara yang kebanyakannya ke China.

    Dalam usaha untuk meningkatkan lagi tanaman me-reka, Top Fruits sedang menjalankan penyelidikan dengan menubuhkan makmal dan bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...