Sunday, April 28, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Trofi Grand Prix British 2022 milik Sainz

    SILVERSTONE, UNITED KINGDOM, 4 JULAI – Carlos Sainz meraih kemenangan pertama Formula One (F1) dalam perlumbaan ke-150nya kelmarin apabila dia melakar kejayaan yang menakjubkan dalam Grand Prix British 2022.

    Pelumba Sepanyol berusia 27 tahun itu, memulakan perlumbaan daripada kedudukan pertamanya di petak pertama, menentang Sergio Perez dari Red Bull, yang bangkit dari tangga ke-17, bagi mencatat masa 3.7 saat di hadapan 142,000 orang penonton di perlumbaan litar Silverstone yang berkelajuan tinggi.

    Manakala wira tuan rumah dan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Mercedes, sekadar menduduki tempat ketiga untuk meraih rekod penamat podium ke-13 di halaman sendiri iaitu jumlah yang belum pernah dicatatkan sebelum ini oleh mana-mana pemandu dalam satu acara.

    Dengan membuat pertukaran tayar yang lebih baharu pada peringkat penutup, Hamilton bangkit dan melepasi Charles Leclerc, yang menduduki tempat keempat di hadapan Fernando Alonso dan Lando Norris dari McLaren.

    Sementara itu, juara dunia dan pendahulu siri, Max Verstappen, menduduki tempat ketujuh bagi Red Bull setelah bangkit semula daripada tersasar dari landasan dan tayar yang pancit sekali gus mendahului Mick Schumacher dari Haas sekali gus mengumpul mata pertama bagi musim keduanya.

    Manakala Sebastian Vettel, yang memulakan perlumbaan di tempat ke-18 bersama Kevin Magnussen telah melengkapkan kedudukan 10 teratas.

    Hamilton turut memberi penghormatan kepada penonton, berkata Silverstone tidak dapat ditandingi di seluruh dunia dengan kehadiran pelumba-pelumba yang profesional dengan semangat menakjubkan yang jelas dipamerkan kelmarin.

    “Saya memberikan segalanya hari ini. Saya cuba mengejar, tetapi Red Bull dan Ferrari terlalu pantas di laluan lurus,” kata Hamilton.– AFP

    Carlos Sainz Jr bergambar bersama trofi selepas memenangi Grand Prix British F1 di litar perlumbaan permotoran Silverstone di Silverstone, tengah England kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...