Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ubat-ubatan luar negara bebas dijual?

    Saya ada terbaca satu surat pembaca bertajuk Pantau penjualan barangan luar oleh Kudapan yang disiarkan dalam akhbar Media Permata bertarikh 2 November lalu.

    Dalam surat pembaca itu, penulis cuba membangkitkan isu mengenai penjualan barangan luar khususnya makanan sejuk beku, kudapan dan sebagainya yang semakin berleluasa dijual di negara ini dan turut diragui status kehalalannya.

    Secara peribadi saya mengakui, perkongsian penulis memang benar kerana semenjak pembukaan sempadan negara semakin ramai yang cuba membawa barangan dari luar negara tanpa menjalani sebarang prosedur pemeriksaan status kehalalannya dan kebersihannya.

    Mungkinkah mereka mudah membawanya masuk kerana pihak relevan mudah mempercayai bahawa barangan itu adalah untuk kegunaan persendirian sedangkan kuantiti yang dibawa tidak mustahil lebih daripada 10 bagi setiap satu barangan.

    Apa yang menarik perhatian saya lagi, baru-baru ini saya ke ibu kota untuk menguruskan beberapa hal. Sementara menunggu tempat yang dituju buka, saya pun singgah ke kedai makan di sana dan saya mendapati beberapa kedai yang dikendalikan oleh warga asing secara terbuka menjual ubat-ubatan dan jamu dari luar negara dalam kuantiti yang begitu banyak.

    Apa yang mengejutkan lagi, lebih daripada sebuah kedai yang menjual ubat-ubatan ini secara terbuka.

    Terfikir di benak saya, bagaimana ubat-ubatan ini boleh dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan proses membawanya masuk agak rumit. Ia memerlukan pengesahan untuk status halal, kebersihan dan sebagainya, apatah lagi ubat-ubatan ini memerlukan prosedur makmal yang ketat.

    Sehubungan itu, diharap pihak relevan melakukan pemantauan penjualan ubat-ubatan ini khususnya di kedai-kedai yang dijalankan oleh warga asing demi kemaslahatan dan keselamatan orang awam.

    Ali

    Baru-baru ini, penulis mendapati beberapa buah kedai yang dijalankan oleh warga asing di ibu kota menjual ubat-ubatan dari luar negara secara terbuka.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...