Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    UK hapus tarif Ukraine, sekat eksport Rusia

    LONDON, 26 APRIL – Britain menghapuskan tarif semua barangan dari Ukraine dan mengenakan sekatan terhadap sebahagian eksport teknologi ke Moscow.

    Langkah itu diambil bagi membantu Kyiv berdepan tindakan pencerobohan tentera Rusia sejak Februari lalu.

    Menerusi maklum balas susulan permohonan daripada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, Jabatan Perdagangan United Kingdom (UK), semalam berkata pihaknya sudah mengurangkan semua tarif barangan import dari Ukraine, termasuk produk utama seperti barli, madu, ayam dan itik.

    “UK akan terus melakukan sedaya upaya mengikut kemampuannya untuk membantu Ukraine menentang kezaliman dan pencerobohan didalangi Putin,” kata Setiausaha Jabatan Perdagangan UK, Anne-Marie, menerusi kenyataan.

    Pada masa sama, Britain mengumumkan bahawa pihaknya akan me-ngenakan sekatan terhadap eksport produk dan teknologi yang berkemungkinan digunakan Rusia dalam serangan terhadap Ukraine, termasuk peralatan peninjau serta pemintas.

    Minggu lalu, Britain memperkukuhkan sekatan terhadap Rusia, dengan menyasarkan penambahan larangan import mencakupi produk perak, kayu dan kaviar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...