Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    UNISSA Semarak Israk Mikraj

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj 1443H/2022M yang diselajurkan dengan pelancaran laman sesawang baharu UNISSA dan penyampaian insentif bagi pelajar yang mengharumkan nama UNISSA tahun 2021 bertempat di Dewan Auditorium, UNISSA.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Kenyataan yang diterima hari ini mengatakan, majlis didahului dengan bacaan Surah Yasin dan doa terhindar daripada bala diikuti dengan forum khas bertajuk ‘Sembahyangku Kerana Allah’.

    Pengisian forum tersebut telah menampilkan ahli panel yang terdiri daripada pelajar Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Haji Ahmad Zaki bin Haji Awang Antin dan pelajar Fakulti Teknologi Islam, Awang Muhammad Firdaus bin Sait, manakala moderatornya pula ialah pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang, Awang Muhammad Wa’al Shafizullah bin Abdul Rahman.

    Antara inti pati daripada forum berkenaan adalah anugerah Allah dalam kefarduan sembahyang itu mempunyai rahsia yang signifikan dengan kehidupan manusia itu sendiri.

    Sembahyang itu mampu mempengaruhi keperibadian seseorang dan umat dalam mencorak kehidupan yang baik dan sempurna. Sifat ikhlas dan istiqamah perlu ada dalam melaksanakan tuntutan sembahyang agar ibadah menjadi pengukuh kepada ibadah-ibadah yang lain dalam membentuk generasi yang bertakwa.

    Tujuan majlis ini adalah untuk menyemarakkan sambutan Israk Mikraj peringkat UNISSA sekali gus meningkatkan kefahaman serta pengetahuan tentang isi forum yang disampaikan, di samping sebagai latihan kepada pelajar dalam meningkatkan keyakinan dan kemahiran bercakap di hadapan orang ramai untuk mempersiapkan mereka menempuh alam pekerjaan nanti.

    Majlis diteruskan dengan pelancaran laman sesawang baharu UNISSA dan penyampaian insentif bagi pelajar yang mengharumkan nama UNISSA pada tahun 2021 dengan penglibatan dalam pertandingan antara institusi pengajian tinggi peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa yang disempurnakan oleh rektor UNISSA.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

    Dr Haji Norarfan melancarkan laman sesawang baharu UNISSA pada majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...