Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Verstappen juara sulung GP Miami

    MIAMI GARDENS, AMERIKA SYARIKAT, 9 MEI – Juara dunia Max Verstappen dari Red Bull bertahan tentangan lewat daripada pendahulu Charles Leclerc dari Ferrari untuk meraih kemenangan sulung bagi Red Bull dalam keadaan panas terik di Grand Prix sulung Miami kelmarin.

    Dalam perlumbaan yang mencabar fizikal pemandu dan pasukan di Miami International Autodrome, pemandu Belanda berusia 24 tahun itu mempamerkan persembahan matang untuk memanfaatkan kelajuan unggul dalam perlumbaan yang sebahagian besarnya bersifat perarakan sehingga Safety Car campur tangan pada lewat pertandingan.

    Kemenangan kedua berturut-turut dan ketiga musim ini membolehkan beliau mengurangkan kelebihan Leclerc kepada 19 mata dalam kejuaraan pemandu. Leclerc mempunyai 104 mata dan Verstappen 85 mata.

    Ia adalah kemenangan ke-23 dalam karier pemandu Belanda itu.

    Leclerc berkata dia merasakan bahawa Red Bull jelas merupakan kereta yang lebih laju daripada Ferrari miliknya dalam perlumbaan tersebut.

    Verstappen menamatkan perlumbaan 3.786 saat di hadapan Leclerc dengan Carlos Sainz tempat ketiga selepas menghalang Sergio Perez yang mengejar di saat akhir. George Russell menamatkan saingan di tempat kelima selepas bangkit daripada kedudukan ke-15 pada pusingan pertama, manakala rakan sepasukan Mercedes, juara tujuh kali Lewis Hamilton, menduduki tempat keenam. – AFP

    Reaksi pemandu Red Bull, Max Verstappen semasa meraikan kejayaan di atas podium selepas memenangi Grand Prix Formula One Miami kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...