Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Wang bantuan lesap, lelaki ditahan

    TOKYO, 19 MEI – Seorang lelaki Jepun yang tersilap diberi pampasan COVID sebanyak AS$360,000 telah ditahan selepas mengatakan dia telah menggunakan wang itu untuk berjudi dalam talian, kata polis hari ini.

    Pihak berkuasa kini semakin terdesak mendapatkan semula wang tersebut daripada lelaki berusia 24 tahun itu, yang mengatakan dia akan mengembalikan wang berkenaan, ‘walaupun secara ansuran’.

    Kesilapan pihak berkuasa di pekan terpencil, Abu dan kegagalan lelaki berkenaan memulangkan wang berkenaan mencetuskan kemarahan di Jepun, di mana ia menjadi bahan bicara rancangan televisyen terutama mengenai kerumitan isu kewangan lelaki berkenaan.

    Lelaki itu menerima bayaran sekali gus 46.3 juta yen akibat satu kesilapan bulan lalu oleh pihak berkuasa, ketika mengendalikan bayaran tunai kepada golongan berpendapatan rendah terkesan akibat pandemik COVID.

    Selepas usaha menghubunginya, mengutus surat dan panggilan telefon gagal meyakinkan lelaki berkenaan memulangkan wang berkenaan, pihak berkuasa memfailkan saman minggu lalu dalam usaha mendapatkan wang terbabit.

    Seorang pegawai di jabatan polis wilayah Yamaguchi, barat Jepun memberitahu AFP yang lelaki itu kini ditangkap atas tuduhan ‘melanggar undang-undang penipuan komputer’.

    Lelaki itu memberitahu polis yang dia menghabiskan wang haram yang diterimanya itu dengan berjudi dalam talian dan disyaki memindahkan sebahagian wang berkenaan ke dalam akaun berbeza, walaupun menyedari ada kesilapan berlaku.

    Datuk Bandar Abu, Norihiko Hanada, memberitahu wartawan hari ini bahawa penahanan itu menandakan ‘satu langkah merungkai kebenaran’.

    “Saya tidak percaya dia sudah habiskan semua (wang) itu, saya rasa kemungkinan wang itu disorok di tempat lain,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...