Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Wanita miliki rokok seludup didenda $29,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Mahkamah Majistret hari ini telah memerintahkan seorang wanita tempatan membayar denda $29,000 kerana memiliki rokok seludup.

    Arinah binti Ali, 54, akan menjalani hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayar denda tersebut selepas mengaku bersalah memiliki 13 karton dan 20 paket rokok pelbagai jenama.

    Pendakwa kastam memaklumkan Majistret Kanan Hajah Ervy Suftriana binti Haji Abdul Rahman di mahkamah Tutong bahawa defendan didapati memiliki rokok tersebut di rumahnya di Kampung Telisai, Tutong semasa pemeriksaan dijalankan oleh pegawai pencegahan kastam pada 3:59 petang pada 22 Ogos 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...