Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    WARGAMAS timba ilmu ke Sabah

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Pertubuhan WARGAMAS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Dalam usaha mempelbagaikan dan menambah ilmu ahli-ahlinya, Pertubuhan WARGAMAS telah menganjurkan Lawatan Muhibah Silaturahim ke Beaufort, Sabah, baru-baru ini.

    Rombongan yang disertai oleh 55 orang ahli itu diketuai oleh Yang Dipertua Pertubuhan WARGAMAS, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don.

    Dikelolakan oleh Ketua Biro Lawatan Pertubuhan WARGAMAS, Pengiran Haji Chuchu bin Pengiran Haji Wahab, lawatan itu juga dihasratkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pertubuhan itu dengan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah.

    Rombongan telah dialu-alukan dengan Majlis Malam Warna-warni WARGAMAS di Kem Hotel, Beaufort Sabah di mana hadir selaku tetamu khas ialah Adun Lamuadan, Sabah merangkap Yang Dipertua Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, Datuk Haji Ruslan bin
    Muharam.

    Haji Abu Bakar dalam ucapannya antara lain menjelaskan mengenai tujuan lawatan muhibah itu untuk mengambil pengalaman, iktibar dan menimba ilmu di samping mengeratkan hubungan silaturahim dengan pihak Persatuan Bisaya Bersatu Sabah.

    Dalam ucapannya itu, beliau turut mengongsikan sedikit sebanyak mengenai latar belakang pertubuhan.

    Semasa lawatan muhibah itu, rombongan juga berpeluang mengadakan lawatan ke
    beberapa tempat menarik seperti Pusat Informasi Rumbia, Kuala Penyu, Sabah dan Kampung Jangkit, Beaufort, Sabah selain Tamu Mingguan Sipitang/Pasar Am Sipitang dan Tamu Lawas/Pasar Am Lawas.

    Pertubuhan WARGAMAS akan terus mengadakan beberapa aktiviti seperti lawatan, kunjungan hormat ke kementerian-kementerian di samping membuat susulan bagi program kolaborasi keagamaan dan program usahawan bersama Pusat Pembangunan Belia dan lainnya.

    Rombongan Pertubuhan WARGAMAS semasa mengadakan lawatan ke tempat menarik di Sabah.
    Gambar ramai rombongan Pertubuhan WARGAMAS bersama Persatuan Bisaya Bersatu Sabah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...