Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Warriors bergelar juara NBA

    BOSTON, 17 JUN – Permainan yang menakjubkan daripada Stephen Curry membawa Golden State Warriors merangkul gelaran juara NBA ketujuh selepas menewaskan Boston Celtics 103-90 untuk meraih siri kejuaraan 4-2, kelmarin.

    Pemain utama Warriors, Curry mempamerkan prestasi permainan yang menyerlah dengan memperoleh 34 mata, tujuh assist dan tujuh rebound ketika Golden State Warriors melengkapkan gelaran juara keempat mereka dalam lapan tahun, berjaya mengejutkan Boston di halaman mereka lawan.

    Curry, 34, dinamakan sebagai MVP NBA selepas meraih kemenangan tersebut – ia adalah kali pertama juara NBA empat kali itu mendapatkan anugerah berkenaan.

    “Saya sangat berbangga dengan pasukan kami, saya bertuah setiap hari kerana dapat bermain dalam perlawanan ini bersama beberapa individu yang menakjubkan,” kata Curry selepas perlawanan itu.

    Kemenangan tersebut melengkapkan semua perjuangan Warriors dari awal sehingga berada di puncak NBA, pada dua musim yang lalu pasukan tersebut mempunyai rekod terburuk dalam liga ketika pasukan terpaksa berdepan dengan beberapa pemain yang tercedera atau meninggalkan pasukan.

    “Pada permulaan musim, tiada siapa terfikir jika kami akan berada di sini – kecuali semua orang yang berada di atas gelanggang ini, semuanya seperti mimpi,” tambah Curry.

    “Kami berada sangat jauh untuk mencapainya. Kami mengalami kesukaran kerana kecederaan sepanjang perjuangan kami, berusaha mengisi kekosongan pemain dengan orang yang sesuai.

    “Awda tidak akan dapat mengambil kesempatan dari semua ini kerana awda tidak tahu bila awda akan kembali ke sini,” tambahnya lagi.

    Sementara itu, jurulatih Warriors, Steve Kerr mengakui ia adalah satu pencapaian yang tidak dijangkakan setelah pasukan di bawah kendaliannya, Golden State Warriors berjaya merangkul gelaran juara kejohanan tersebut buat kali keempat dalam lapan tahun. – AFP

    Reaksi Stephen Curry meraikan bersama ahli pasukannya sambil menjulang trofi MVP NBAnya selepas menewaskan Boston Celtics 103-90 dalam perlawanan akhir NBA di TD Garden. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...