Sunday, April 28, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    WHO, Komanwel seru negara kecil dapat akses vaksin lebih baik

    GENEVA, 7 FEB – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara anggota Komanwel hari ini membuat rayuan bersama bagi negara-negara kecil untuk mendapatkan akses suntikan COVID-19 lebih baik bagi membantu mereka memulihkan semula ekonomi.

    Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dan ketua Komanwel, Patricia Scotland bertemu di ibu pejabat agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva untuk menandatangani perjanjian yang menumpukan terhadap menamatkan pandemik serta melawan ketidaksamarataan vaksin.

    “Impak pandemik akan dapat dirasai selama berdekad-dekad, terutama di kalangan mereka yang terdedah,” kata Tedros.

    “Lebih lama pandemik ini berlarutan, kesannya akan menjadi semakin buruk.”

    WHO ingin 70 peratus penduduk di setiap negara untuk menerima vaksinasi lengkap menjelang penghujung Jun.

    Tedros berkata bahawa setakat ini, 42 peratus warga Komanwel sudah menerima vaksin lengkap, tetapi hanya 23 peratus di seluruh negara anggota Afrikanya.

    Scotland memberitahu bahawa 32 daripada 42 negara-negara kecil adalah anggota Komanwel.

    “Pada kadar vaksinasi seluruh dunia ketika ini, kami mampu memberikan vaksin kepada keseluruhan negara-negara itu dalam masa dua ke tiga hari,” katanya.

    Negara yang merdeka daripada jajahan British, Komanwel merangkumi kira-kira suku daripada negara-negara di seluruh dunia dan satu pertiga daripada penduduk dunia.

    “Kesaksamaan akses kepada vaksin, terutama bagi negara-negara kecil dan terdedah, adalah keutamaan politik, ekonomi, sosial dan moral yang paling didesak,” kata Scotland.

    Selain pandemik, memorandum persefahaman WHO-Komanwel menumpukan terhadap mempromosikan liputan kesihatan universal dan penjagaan kesihatan utama, mengukuhkan keselamatan kesihatan dan bertukar-tukar inovasi serta pengetahuan.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...