Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Xingyi bakal bina dua kilang pengeluaran kaca automotif

    JASIN, 29 DIS – Xinyi Glass Holdings Ltd, syarikat pengeluar kaca terbesar di Asia bakal melabur kira-kira RM1.5 bilion bagi pembinaan dua kilang baharu yang akan mengeluarkan kaca bagi kegunaan industri automotif di kawasan Perindustrian Elkay, Lipat Kajang di sini.

    Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata dua kilang berkenaan akan dibina di kawasan seluas 52.61 hektar dan dijangka mula dibangunkan dalam tempoh enam bulan akan datang.

    “Berdasarkan perbincangan yang diadakan, pihak Xinyi amat tertarik dengan kemudahan dan kawasan persekitaran di Lipat Kajang dan bercadang membesarkan operasi dengan pertambahan modal kira-kira RM1.5 bilion dalam masa terdekat.

    “Jadi semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi yang hadir pada hari ini berusaha untuk membantu Xinyi supaya dapat memulakan projek pembesaran kilang di Melaka kerana Xinyi merupakan satu-satunya kilang pengeluar kaca terbesar di rantau Asia,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke kilang Xinyi Glass di sini hari ini.

    Ab Rauf berkata pembinaan dua kilang berkenaan dijangka mampu mewujudkan kira-kira 800 peluang pekerjaan khususnya untuk rakyat tempatan di Melaka dan sehingga kini, syarikat berkenaan telah menggaji lebih 1,700 pekerja dengan 55 peratus daripadanya terdiri daripada rakyat tempatan.  – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...