Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Yayasan motivasikan pelajar kelas tuisyen

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan SR YSHHB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Seramai 304 pelajar dari keempat-empat daerah telah menyertai aktiviti Rehlah Ilmiah, di Taman Permainan Jerudong, kelmarin, yang merupakan Program Intervensi Pendidikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).

    Ia diadakan untuk memberi motivasi seterusnya memantapkan lagi sifat jati diri pelajar-pelajar projek kelas tuisyen untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan di samping memberikan pendidikan secara informal dalam aktiviti yang disediakan.

    Dalam program tersebut, pelbagai aktiviti telah disusun antaranya ceramah motivasi oleh pakar motivasi, Awang Ali Yusri bin Haji Ghapor selain aktiviti mengikut stesen yang disediakan oleh tenaga pengajar seperti membina menara straw, Amazing Race serta lawatan.

    Antara lain objektif program adalah untuk melahirkan pelajar berdisiplin, bersemangat dan memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh keyakinan.

    Selain itu, ia juga memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam aspek kehidupan serta memupuk sifat kerjasama, mengeratkan hubungan silaturahim, persefahaman dan muafakat dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar dari keempat-empat daerah. Di samping itu, ia juga adalah sebagai self-reward bagi menghargai usaha pelajar yang menghadiri program tuisyen sepanjang ia dijalankan setiap minggu.

    Ia diharap akan dapat menjadikan pelajar seorang yang berani dan mempunyai ciri kepimpinan, proaktif dan kreatif selain mempunyai sifat kerjasama dan tolong-menolong.

    Antara pelajar yang menyertai Rehlah Ilmiah di Taman Permainan Jerudong.
    Pelajar menyertai aktiviti yang diadakan semasa program berkenaan.
    Sebahagian pelajar dari keempat-empat daerah semasa menyertai aktiviti Rehlah Ilmiah, di Taman Permainan Jerudong, kelmarin, yang merupakan Program Intervensi Pendidikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...