Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Zhi Yan genggam emas acara Taijijian di Sukma

    KUALA LUMPUR, 16 SEPT – Walaupun tidak berada dalam keadaan terbaiknya, atlet wusyu Melaka Tan Zhi Yan masih mampu menggenggam pingat emas selepas mengungguli acara Taijijian lelaki di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

    Pemenang pingat emas Sukan Sea Hanoi itu nyata dalam kelas tersendiri dengan mempamerkan gerakan tangkas berjaya mengutip mata tetinggi 9.646 menewaskan atlet Wilayah Persekutuan Kerk Qing yang mengutip 9.576 mata untuk perak manakala wakil Sarawak Edison Wong Sing Yen meraih gangsa dengan 9.513 mata.

    Atlet berusia 22 tahun yang meraih emas acara taijiquan lelaki semalam, ingin mendedikasikan kemenangan itu kepada jurulatihnya Loh Choon How yang sudah menabur bakti kepadanya sejak dua tahun lepas.

    “Sebenarnya pada 2020, saya pernah menjalani pembedahan tulang belakang dengan enam nat besi, tiga di kanan tiga di bahagian kiri dimasukkan bagi menyokong belakang badan. Masih sakit sikit tetapi saya tahu teknik mengawal kesakitan dalam badan.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MSN, Institut Sukan Negara (ISN), Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Datuk Chong Kim Fatt, barisan kejurulatihan dan rakan seperjuangan atas segala kebaikan dilakukan mereka untuk kerjaya saya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...