Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Zoe Kravitz akui berdepan cabaran berlakon dengan kucing

    Pelakon filem The Batman yang membawa watak Catwoman iaitu Zoe Kravitz mengakui berdepan cabaran menjalani penggambaran bersama beberapa ekor kucing dalam naskah terbaharu itu.

    Menurut laporan Slashfilm, Zoe berkata dia dan kru terpaksa mengikut ragam kucing-kucing tersebut sepanjang berada di set penggambaran. Sifat haiwan comel ini yang tidak duduk diam menyebabkan proses penggambaran tergendala dan terganggu.

    “Susah juga berlakon dengan haiwan ini, antara paling lucu berlakon dengan kucing apabila kita dah siap nak mulakan penggambaran tapi kucing-kucing ini masih bermain dengan permainannya.

    “Pengalaman berlakon dengan kucing sangat mencuit hati kerana kita tak boleh nak menyuruh ia melakukan apa yang kita mahu,” katanya.

    Bukan itu sahaja, Zoe juga berkata proses penggambaran memerlukan lebih banyak masa kerana mereka perlu mengulangi beberapa adegan bersama kucing-kucing itu di tempat yang sama daripada sisi berbeza.

    Filem Hollywood The Batman arahan Matt Reeves dijangka akan menemui penonton seluruh dunia bermula 4 Mac tahun depan.

    Istimewanya dalam filem kali ini turut menampilkan lebih banyak adegan bersama watak adiwira Catwoman. – Agensi

    Zoe Kravitz mengakui berdepan cabaran menjalani penggambaran bersama beberapa ekor kucing dalam filem The Batman. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...