Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    109 guru pengembangan bahasa Arab dirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Seramai 109 orang guru yang terlibat dalam Program Tadreeb Al-Mu’allim 1443H selama tiga bulan terdiri daripada 44 orang guru pada pengambilan pertama dan 65 orang pada pengambilan ke-2, telah menerima sijil masing-masing pada majlis Doa Kesyukuran dan penyampaian sijil di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al Maskari serta delegasi dari Kesultanan Oman.

    Majlis antara lain bertujuan memberikan penghargaan kepada guru-guru yang terlibat dalam program pembangunan profesional bagi peningkatan kemahiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

    Majlis diselajurkan dengan penyerahan buku-buku Bahasa Arab sumbangan kerajaan Kesultanan Oman yang disampaikan oleh TYT Sheikh Ahmed kepada pengetua-pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Arab. Program Tadreeb Al-Mu’allim telah dilaksanakan sejak 2021 merupakan salah satu program yang diungkayahkan oleh KHEU melalui Unit Program Ta’zeez Al-Lughah Al-’Arabiah Bi Madaris ‘Arabiah dan Jabatan Pengajian Islam bagi meningkatkan kapasiti dan kemahiran penguasaan Bahasa Arab bagi tenaga pengajar dan pelajar-pelajar di persekolahan Arab di Negara Brunei Darussalam.

    Ia merupakan program latihan kemahiran pengajaran Bahasa Arab dengan mendapat kerjasama daripada Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan Kesultanan Oman.

    Program yang dijalankan sepenuhnya dalam talian itu disasarkan kepada guru-guru Bahasa Arab di sekolah-sekolah Arab.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang guru.
    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam menyampaikan sumbangan buku Bahasa Arab.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...