Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    248 guru agama perhalusi pengetahuan wuduk, solat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Seramai 248 orang guru kanan amali agama dan guru darjah pra telah mengikuti Program Menghalusi Wuduk dan Solat Menurut Mazhab Syafie bagi guru-guru agama yang diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Lambak, Jalan Bedil, hari ini.

    Program tersebut merupakan inisiatif Unit Amali Ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam dengan kerjasama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan tujuan untuk menghalusi asas pengetahuan wuduk dan solat dan kemahiran solat yang mantap kepada guru-guru di sekolah-sekolah agama amnya, dan murid-murid khususnya.

    Selain itu, ia juga membantu meningkatkan kefahaman para peserta program mengenai kesempurnaan wuduk dan kewajipan melaksanakan solat fardu lima waktu dengan sempurna.

    Ia juga dihasratkan dapat menambah baik segala kekurangan dan meleraikan permasalahan dari aspek pengajaran guru mata pelajaran Amali Ugama dan guru-guru darjah pra.

    Hadir sama ialah Ra’es KUPU SB,  Dr Haji Adanan bin Haji Basar selaku fasilitator program yang memfokuskan terhadap kesempurnaan Rukun Qauli dan Rukun Fi’li agar ibadat yang dilaksanakan itu sah dan sempurna.

    Dr Haji Adanan hadir selaku fasilitator program berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...