Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    271 kes disahkan sembuh

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Sebanyak 269 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 267 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan dua kes adalah hasil daripada 217 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 146,775 kes, kongsi Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku wakil menteri kesihatan semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut beliau lagi, tidak kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) dan kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Manakala itu, sebanyak 271 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 144,943 kes.

    Yang Berhormat Pehin seterusnya berkata, jumlah kes aktif ialah sebanyak 1,610 kes iaitu 11 kes sedang dirawat di hospital manakala 1,599 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Pada sidang media tersebut, Yang Berhormat Pehin memaklumkan bahawa oleh sebab semua pusat vaksinasi tidak beroperasi semalam, statistik terkini program vaksinasi kekal seperti yang dinyatakan dalam sidang media semalam iaitu 78.2 peratus kanak-kanak dalam kumpulan umur lima hingga 11 tahun telah mendapatkan dos pertama vaksinasi COVID-19 dan 36 peratus telah mendapatkan dos kedua.

    “Sementara itu, 69.5 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah menerima tiga dos vaksin,” tambah beliau.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Pehin menyeru orang ramai untuk memohon ke hadrat Allah SWT semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dipelihara dan dilindungi daripada segala mara bahaya.

    “Semoga semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID,” katanya lagi.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua; Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman semasa menghadiri sidang media tersebut, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...