Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    40 kumpulan sertai pertandingan dikir

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Sebanyak 40 kumpulan terdiri daripada 20 kumpulan lelaki dan 20 kumpulan perempuan menyertai Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir, Muslimah Masjid, Belia dan Beliawanis serta Jemaah Masjid Senegara yang berlangsung di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

    Pertandingan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1444H/2022M itu merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Imarah dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Mohammad Jamalul Alam.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan kemudiannya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.

    Antara tujuan pertandingan adalah untuk memberikan bimbingan dan pendedahan serta peluang kepada para peserta mempelajari teknik dan kaedah berdikir yang betul, agar mampu mempersembahkan Dikir Syarafil Anam dengan baik dan sempurna.

    Di samping itu, ia juga diadakan untuk menggalakkan para peserta agar sentiasa mengamalkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menjadikannya sebagai amalan harian bagi mendapatkan berkat daripadaNya dan seterusnya untuk melahirkan masyarakat yang pandai membawakan Dikir Syarafil Anam dengan baik dan sempurna.

    Ia juga bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu bacaan Dikir Syarafil Anam dari segi fashahah, lagu dan suara, sekali gus menggalakkan para peserta supaya akan terus mempelajari dan menguasai lagu-lagu dikir agar dapat menyampaikan hajat masyarakat awam, khususnya bagi menyerikan acara-acara keagamaan.

    Awang Abdul Walid menyampaikan hadiah kepada wakil peserta daripada kumpulan lelaki.
    Antara peserta ketika mempersembahkan bacaan dikir mereka semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...