Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Atap rosak akibat angin kencang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Kejadian angin kencang telah menerbangkan dua keping atap sebuah rumah di Kampung Negalang Ering, Daerah Temburong pada 18 Januari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sini, enam orang anggota bomba dan sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ASO Haji Yussof bin Haji Jerudin dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 8:37 malam.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak membantu memasang semula atap berkenaan sehingga kerja pembaikan selesai. Dalam kejadian berkenaan, tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

    JBP menyarankan orang ramai supaya sentiasa mengikuti perkembangan, nasihat dan amaran mengenai maklumat keadaan cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) melalui siaran RTB atau melayari laman sesawang, www.met.gov.bn, mengikuti laman sosial Facebook (bruneiweather), Instagram @bruneiweather dan aplikasi mudah alih, Brunei WX.

    Jabatan berkenaan juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh BDMD serta mengambil langkah-langkah awal atau perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

    Atap rumah yang terlepas dan dipasang semula oleh anggota bomba dan penyelamat dalam kejadian angin kencang di Kampung Negalang Ering. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...