Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Aurel, Atta simpan tali pusat anak

    Bukan sahaja wang, tetapi tali pusat anak sulung pasangan selebriti terkenal Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar juga disimpan di bank sel tunjang (stem cell).

    Aurel dan suaminya yang juga YouTuber terkenal itu memilih Celltech Bank Stemcell Vinski Tower Indonesia sebagai lokasi penyimpanan tali pusat anak mereka.

    Menurut pemilik bank sel tunjang itu, Profesor Dr Deby Vinski, Aurel juga memahami kelebihan membuat simpanan tersebut untuk kegunaan masa hadapan.

    “Saya ada berhubung dengan Aurel menerusi WhatsApp dan dia memahami manfaat menyimpan tali pusat.

    “Saya menganggap generasi muda seperti Atta dan Aurel, sudah memberikan contoh, bahawa mereka menyimpannya. Manfaatnya lebih untuk masa hadapan melibatkan kesihatan. Boleh menyembuhkan penyakit kanser, diabetes dan strok,” katanya.

    Untuk rekod, Aurel melahirkan anak damit perempuan yang diberi nama Ameena Hanna Nur Atta pada 22 Februari lalu. – Agensi

    Aurel dan Atta timang anak perempuan yang diberi nama Ameena Hanna Nur Atta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...