Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Awie nasihat scammer henti tipu orang ramai

    Legenda rock negara Datuk Awie menasihati belia yang terlibat dengan sindiket penipuan atau scammer agar segera mencari pekerjaan lain yang menjamin masa depan.

    Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata daripada maklumat polis kebanyakan scammer terdiri daripada belia dan telah dilatih oleh sindiket untuk menipu mangsa menerusi panggilan telefon.

    “Sebelum ini saya pernah beberapa kali cuba dihubungi mereka menerusi panggilan telefon yang terdiri daripada golongan belia dalam lingkungan umur 21 hingga 23 tahun.

    “Apabila gagal mempengaruhi saya, mereka bergaduh dengan saya dan mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 Polis Kontinjen Perlis, di sini.

    Awie berkata sebelum mengakhiri perbualan telefon beliau sempat menasihati mereka untuk berhenti melakukan kerja tersebut dan bayangkan sekiranya ahli keluarga terdekat sendiri mengalami kerugian puluhan ribuan ringgit akibat menjadi mangsa sindiket penipuan.

    Beliau berkata, tugas membanteras kegiatan jenayah penipuan tidak wajar hanya diletakkan pada bahu pihak polis sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

    Dalam pada itu, Awie bersama 35 penunggang motosikal berkuasa tinggi turut menyertai jelajah kempen kesedaran anti-scam ke seluruh Semenanjung yang berlangsung dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula semalam (19 Julai) sehingga 22 Julai meliputi empat buah negeri di utara semenanjung iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis. – Bernama

    Datuk Awie menasihati belia yang terlibat dengan sindiket penipuan atau scammer agar segera mencari pekerjaan lain yang menjamin masa depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...