Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Bantu buat pilihan kerjaya tepat

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Bagi menyemarakkan lagi Mahrajan Hafl Al-Takharruj (MHT) ke-12 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), sesi taklimat bertajuk ‘Analisis Personaliti Kerjaya’ telah diadakan di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

    Taklimat berkenaan mendapat sambutan dengan penyertaan 130 orang terdiri daripada 69 mahasiswa UNISSA, 18 alumni UNISSA dan 43 pelajar tingkatan enam dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) termasuk guru pengiring.

    Hadir menyampaikan taklimat ialah tiga orang ahli panel jemputan dari Kementerian Pendidikan iaitu Ketua Unit Pendidikan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Hajah Masnah binti Haji Mohd Daud; Pegawai Bimbingan Bakat Kerja, Unit Pendidikan Kerjaya, Hajah Norseriduriah binti Haji Damit; dan Pegawai Pelajaran, Unit Pendidikan Kerjaya, Haji Halip bin Bujang.

    Taklimat antara lain menyentuh mengenai mengenal pasti kesesuaian personaliti dengan bidang kerjaya yang bakal ditempuh seorang pelajar masa depan.

    Perkara berkenaan sangat signifikan diketahui oleh mereka yang akan mencari pekerjaan sebagai persediaan untuk membekalkan diri dengan kemahiran yang bersesuaian.

    Turut dikongsikan adalah langkah-langkah praktikal dalam memilih pendidikan dan kerjaya.

    Taklimat bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan menjadi sumber inspirasi kepada mahasiswa dan alumni UNISSA serta pelajar sekolah dalam mengatur strategi memilih kerjaya yang berkaitan dengan bidang masing-masing. Di samping itu, ia juga dihasratkan untuk membantu mahasiswa dan alumni membuat keputusan dan tindakan dalam pemilihan kerjaya yang lebih tepat.

    Antara peserta yang hadir pada sesi Taklimat Analisis Personaliti Kerjaya berkenaan. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...