Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bantu ringankan beban menjelang Hari Raya Aidilfitri

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Projek Amal Impian Cahaya Iman dan Halwun Rezqin dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini, telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Derma bagi Golongan Asnaf Fakir Miskin, Ibu-ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim di De Defam Restoran, Jalan Berakas.

    Seramai 55 orang anak yatim, 20 orang ibu tunggal dan 20 orang daripada golongan asnaf fakir dan miskin menerima sumbangan berupa bara-ngan keperluan harian bagi meringankan lagi bebanan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri pada majlis itu yang merupakan projek kebajikan sempena bulan Ramadan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut menyampaikan sumbangan dalam projek berkenaan ialah Syarikat Impian Cahaya Iman, Syarikat Halwun Rezqi, Syarikat Digital World Enterprise, ISS Facility Services, KFC Brunei dan syarikat-syarikat swasta tempatan.

    Dengan adanya majlis seumpamanya akan dapat menjadi wadah untuk bersilaturahim bagi menjalin kerjasama dalam apa jua kegiatan kebajikan dan kemahiran untuk kesejahteraan kehidupan pada masa akan datang.

    Projek Amal Impian Cahaya Iman juga sentiasa membuka ruang dan peluang untuk sama-sama menjayakan program kemahiran yang boleh diberikan seperti kelas masakan membuat kuih-muih serta kerja-kerja tangan dengan objektif utama mereka bagi membantu komuniti daripada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal serta anak-anak yatim daripada golongan asnaf.

    Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya menjemput tetamu kehormat menyampaikan naskhah Al-Quran kepada golongan asnaf, ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim yang terpilih.

    Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian derma oleh para penaja dan diikuti dengan majlis berbuka puasa bersama dengan mengikuti prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan naskhah Al-Quran kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...