Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Brunei rekod lebih 16,000 kes kumulatif

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Sebanyak 44 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 16,066 orang.

    Daripada jumlah kes baharu itu, 31 adalah kes tempatan dan 13 lagi kes import, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini.

    Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 2,333 ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.9 peratus.

    Manakala tiada kes dalam kategori 4 dan 5 dalam kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan 50 disahkan sembuh, membawa jumlah keseluruhan yang sembuh kepada 15,600 kes, dengan kes aktif sebanyak 364 kes.

    Sementara itu, kadar penggunaan katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 8.9 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.7 peratus, dos kedua pada 93.9 peratus manakala dos penggalak 36 peratus.

    Bagi sekatan pergerakan dari pukul 12 tengah malam sehingga 4 pagi pula, tiada pelanggaran arahan dicatatkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...