Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Concepts terima pengiktirafan Acer

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Concepts Commercial Suppliers (Concepts Computer) mencapai satu lagi mercu tanda bermakna apabila menerima pengiktirafan sebagai Best Performing Brunei Partner bagi 2021 dengan mendahului segmen runcit dan pengedaran bagi produk-produk Acer di Negara Brunei Darussalam semasa Malam Perayaan Acer 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

    Pada majlis tersebut, anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Pengarah Jualan Malaysia Acer, Johnson Seet dan Pengurus Cawangan Acer, Richard Soo kepada Pengurus Besar Concepts Commercial Suppliers, Vincent Pao.

    Mengulas mengenai pengiktirafan berkenaan, Vincent Pao berkata bahawa mereka berbesar hati kerana diberikan pengiktirafan sebagai Best Performing Partner for Acer bagi 2022 di Brunei di mana mereka sudah menerima anugerah berprestij berkenaan selama 18 tahun.

    Pengiktirafan itu, tambahnya, menunjukkan keberadaan kukuh Concepts Commercial Suppliers dalam menyampaikan kecemerlangan dalam produk Acer serta kepercayaan Acer kepada mereka sebagai saluran dipercayai dari sudut runcit dan keupayaan mereka untuk mendekati pelanggan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan bagi produk-produk Acer.

    Beliau berkata lagi bahawa pengiktirafan anugerah berkenaan hanya mampu dicapai menerusi sokongan berterusan daripada pelbagai sudut kepada pihak syarikat terutamanya daripada pelanggan setia mereka, haluan perniagaan yang jelas daripada Acer serta keupayaan dan dedikasi pekerjanya yang merupakan penyumbang utama kepada mencapai matlamat itu.

    Concepts Commercial Supplier terus memberikan pilihan kepada pelbagai pelanggan yang mempunyai keperluan yang berlainan dengan menawarkan produk-produk Acer pada harga yang berpatutan.

    Di samping itu, syarikat berkenaan terus melancarkan pelbagai barisan produk Acer yang inovatif dan terkini serta pada masa yang sama, memastikan kakitangannya sentiasa peka dengan nilai tambah yang ditawarkan oleh produk-produk baharu itu.

    Mengenali akan kesan pandemik COVID-19, Acer turut mengambil langkah yang jelas untuk memastikan Concepts Commercial Suppliers menerima sokongan asas dengan menawarkan peruntukan stok dan strategi penghantaran yang baik.

    Johnson Seet (kanan) dan Richard Soo menyampaikan anugerah kepada Vincent Pao (tengah) semasa Malam Perayaan Acer 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini. – Gambar serahan Concepts Computer
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...