Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Dedah pelajar kenali haiwan eksotik

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Sekolah St. George

    BANDAR SERI BEGAWAN – Bagi mewujudkan keseronokan dalam pengalaman pembelajaran luar sekolah, Sekolah St. George telah membawa lebih kurang 30 orang murid tadika ke Little Kingdom Petting Zoo di Jerudong Park, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekolah berkenaan, program berkonsepkan didik hibur itu dimulai dengan taklimat keselamatan kebakaran yang disampaikan oleh pihak pengurusan sebelum menaiki kereta api ke tempat lawatan.

    Menerusi lawatan berkenaan, murid-murid berpeluang menyaksikan haiwan-haiwan eksotik secara lebih dekat di samping menimba pengetahuan baharu sekali gus menikmati pengalaman membelai dan memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut. Dalam pada itu, lawatan berkenaan turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti teka-teki haiwan dan mereka bentuk ulat bulu.

    Sekolah St. George telah membawa lebih kurang 30 orang murid tadika ke Little Kingdom Petting Zoo di Jerudong Park, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...