Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Dikompaun, amaran kerana langgar Perintah Paparan Tanda Harga

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Dua kompaun dan satu notis amaran ke atas tiga buah premis perniagaan telah dikeluarkan oleh Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna (JPHEP) di Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi kerana melanggar Perintah Paparan Tanda Harga.

    JPES dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Syarikat Faizee Trading Co dan Orbit Supermarket Sdn Bhd masing-masing dikenakan kompaun berjumlah $700 dan $500 atas kesalahan memaparkan harga barangan yang tidak selaras dengan harga sebenar yang dibayar oleh pengguna sementara Bismi Enterprise diberikan notis amaran.

    Tambah kenyataan, Perintah Paparan Tanda Harga dan Perintah Pelindungan Pengguna (Perdagangan Wajar) yang dikuatkuasakan adalah untuk melindungi pengguna daripada amalan perniagaan yang tidak beretika.

    Oleh itu, para peniaga hendaklah peka dan sentiasa mengamalkan amalan perniagaan yang wajar dan beretika termasuk memaparkan harga dengan jelas dan tepat serta tidak mengelirukan pengguna dalam membuat keputusan pembelian.

    Amalan perniagaan yang beretika adalah asas dalam membina kepercayaan pengguna dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang sihat.

    JPES turut mengingatkan bahawa peniaga yang didapati melanggar Perintah Paparan Tanda Harga boleh dikenakan denda maksimum sebanyak $20,000 dan penjara selama lima tahun.

    Pengguna yang mengesyaki sebarang amalan perniagaan yang mengelirukan adalah digalakkan untuk melaporkannya kepada JPHEP melalui Talian Darussalam 123, aplikasi mudah alih PenggunaBijak atau melalui e-mel kepada aduanpengguna@jpes.gov.bn atau consumercomplaint@jpes.gov.bn.

    Antara produk yang dikesan memaparkan harga barangan yang tidak selaras dengan harga sebenar semasa pemantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa.- Gambar serahan JPES

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...