Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Ed Sheeran menang kes hak cipta lagu

    Komposer, penulis lirik dan penyanyi, Ed Sheeran menang kes sama akta hak cipta lagu Shape of You yang didakwa memplagiat lagu Oh Why nyanyian Sami Chokri atau nama pentasnya, Sami Switch.

    Sami yang merupakan seorang artis muzik elektronik mendakwa yang melodi bait lirik dan muzik Oh I dalam lagu Shape of You sangat mirip dengan melodi bait dan lirik Oh Why di dalam lagu yang dihasilkannya bersama Ross O’Donoghue.

    Komposer lagu Shape of You mengambil tindakan undang-undang pada 2018 selepas royalti lagu itu dibekukan apabila Sami dan Ross meminta Performing Rights Society (PRS) menambah mereka pada kredit sebagai penulis bersama.

    Setelah hampir empat tahun berlalu, kes ini akhirnya selesai apabila Mahkamah Tinggi memutuskan yang kedua-dua lagu tersebut tidak sama. Hakim, Anthony Zacaroli menyatakan Ed Sheeran tidak meniru secara sengaja mahupun di bawah sedar seperti yang didakwa Sami. – Agensi

    Ed Sheeran menang kes sama akta hak cipta lagu Shape of You yang didakwa memplagiat lagu Oh Why nyanyian Sami Chokri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -