Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Fify Azmi minta bekas PA henti cerita buruk

    Kemelut antara pelakon Fify Azmi dan bekas pembantu peribadi (PA) bernama Nora semakin berlarutan apabila timbul pula dakwaan kononnya pelakon ini mengambil barang terlarang.

    Isu ini hangat diperkatakan selepas Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohammad Azmi, 32, membuat laporan polis atas dakwaan wanita tersebut melarikan wang miliknya berjumlah RM15,000.

    Enggan melayan sebarang bentuk provokasi, Fify berkata dia tidak gentar dengan sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.

    “Cakaplah apa sekali pun. Biarlah dia rasa puas hati dengan sebarang kenyataan yang dibuat. Saya tidak pernah takut.

    “Lebih baik saya tidak melayan semua itu.

    Fify serahkan kes sepenuhnya kepada pihak polis. – Agensi

    “Janganlah nak cari perhatian dengan memburukkan orang lain.

    “Apa yang penting sekarang ialah saya mahukan duit saya. Tolonglah pulangkan duit saya,” katanya ketika dihubungi wartawan.

    Pada 6 Jun lalu, Fify membuat laporan polis mendakwa Nora melarikan wang hasil bayaran 50 peratus penglibatannya dalam filem Special Airforce Anarchy bersama syarikat Skop Production Sdn Bhd.

    Difahamkan kes tersebut kini masih lagi dalam siasatan.

    Dalam pada itu, Fify juga memberitahu dia sudah melantik peguam bagi mengendalikan kes berkaitan duit tersebut termasuk kenyataan buruk yang dikeluarkan oleh Nora terhadap dirinya.

    “Saya tidak ada masalah untuk berhadapan dengan dia. Tapi sekarang ini biarlah pihak polis sahaja yang mengendalikan kes ini.

    “Saya sudah melantik peguam bagi mengendalikan kes berhubung dia membawa lari wang tersebut dan tindakannya memburukkan nama saya,” ujarnya.

    Meskipun berdepan dengan kes ini, Fify memberitahu ia sama sekali tidak mengganggu fokusnya ketika berada di lokasi penggambaran.

    Kata Fify, tujuannya membuat laporan polis adalah untuk memberi kesedaran kepada rakan artis lain supaya tidak mengalami nasib sama.

    “Apa yang dia kata itu tidak memberi kesan kepada saya. Malah saya hanya ketawa membacanya. Ia juga tidak ganggu fokus kerja saya, apabila di lokasi saya masih boleh berlakon seperti biasa.

    “Banyak kali saya dengar tentang Nora daripada rakan artis sebelum ini.

    “Saya fikir dia akan berubah, tetapi malangnya tidak dan saya menjadi salah seorang mangsa.

    “Boleh sahaja saya mahu berdiam tetapi ini adalah pengajaran supaya tidak terjadi kepada orang lain,” jelas Fify, yang membintangi drama Wan Senja. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...