Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Games Wide Open slogan rasmi Olimpik Paris 2024

    PARIS, 26 JULAI – Berbaki dua tahun lagi sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, penganjur kejohanan kelmarin mendedahkan Ouvrons Grand Les Jeux, yang bermaksud Games Wide Open, sebagai slogan bersama bagi Olimpik Paris dan Sukan Paralimpik, lapor Xinhua.

    “Ia adalah jemputan kepada du-nia untuk berkongsi emosi baharu bersama-sama. Kejohanan ini adalah komitmen kami bagi memberi keseronokan dan pengalaman baharu,” kata penganjur.

    Tahun 2024 menandakan kali ketiga Paris menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas selain ia juga menandakan ulang tahun ke-100 kali terakhir Paris menjadi tuan rumah temasya itu, iaitu pada 1924.

    Ibu kota Perancis itu juga merupakan tuan rumah bagi edisi kedua Sukan Olimpik moden pada 1900.

    Sukan Olimpik Paris 2024 dija-dual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos dan atlet dari selu-ruh pelusuk negara akan bertanding dalam 32 sukan merangkumi 329 acara.

    Kalendar sementara Kejohanan juga telah dikeluarkan kelmarin dengan sesi pertandingan pertama akan bermula pada 24 Julai 2024, dua hari sebelum majlis perasmian.

    Perlawanan akhir acara renang dan olahraga akan berlangsung pada waktu malam.

    Paris 2024 mensasarkan untuk menjadi Sukan Olimpik paling seimbang dalam sejarah daripada segi penyertaan lelaki dan wanita.

    Lebih 13 juta tiket akan dijual untuk kejohanan kali ini, dengan hampir separuh daripada tiket dikhaskan untuk orang ramai berharga 50 euro ke bawah.

    Harga tiket bermula serendah 24 euro hingga maksimum 950 euro, dan tiket paling mahal hanya menyumbang 0.5 peratus daripada jumlah tiket yang diperuntukkan kepada orang awam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...