Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Gerhana bulan pada 8 November ini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah memaklumkan bahawa fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku di Negara Brunei Darussalam pada 8 November ini bermula 6:16 petang hingga 8:49 malam.

    Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid akan mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan pada hari tersebut, selepas menunaikan sembahyang fardu Maghrib berjemaah di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara, dengan tumpuan utama di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

    Oleh yang demikian, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir ke masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi sama-sama menunaikan sembahyang sunat Gerhana Bulan pada hari dan masa yang telah dinyatakan dengan mengikut garis panduan dan tatacara yang telah ditetapkan ketika berada di masjid, surau dan balai ibadat serta mematuhi nasihat-nasihat dari Kementerian Kesihatan.

    Adalah disunatkan untuk menunaikan sembahyang sunat Gerhana Bulan jika sabit berlakunya gerhana.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...