Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Guru seni menghidupkan semula seni filografi

    SWEIDA, SYRIA – Di tengah-tengah cabaran hidup yang tidak berkesudahan di Syria, Rahaf Sharani, 27, berjaya meluangkan masa untuk menghidupkan kembali seni pin dan benang lama yang pernah dilakukan oleh ibu bapanya di kampung halaman mereka di bandar Sweida, selatan Syria.

    Di antara tugas hariannya sebagai guru seni di sekolah dan pekerjaan keduanya sebagai pereka di agensi pengiklanan, serta tugasan rumah sebagai isteri dan ibu, Sharani meluangkan sedikit masa untuk mencipta lukisan daripada pin dan benang, seni lama yang dipanggil Filografi.

    Semasa kecil, ibu dan bapa Sharani pernah membuat beberapa lukisan menggunakan teknik itu, tetapi pada masa itu, dia tidak begitu memberi perhatian.

    Sehingga suatu hari, dia ternampak di rumah salah satu lukisan lama yang pernah ayah dan ibunya hasilkan. Ia adalah kerja pin dan benang yang mudah, tetapi sudah cukup untuk mencabarnya untuk mencuba melakukan sesuatu yang serupa.

    Dia mendapatkan papan nipis, paku dan tali dan mula mencipta lukisannya sendiri. Satu demi satu, dia secara beransur-ansur dapat melukis potret dengan pin dan benang serta bentuk haiwan dan reka bentuk lain. Teknik itu akhirnya dapat menjadi sumber rezeki untuknya selain dianggap sebagai hobi.

    “Generasi kita dan generasi selepas kita tidak menyedari seni ini. Saya ingin memperkenalkan seni itu kepada mereka dan menarik perhatian mereka dengan cara menghidupkan semula seni Filografi kuno ini,” katanya kepada Xinhua.

    Sharani juga cuba memodenkannya dengan reka bentuk dan idea yang segar.

    Dia mencipta halaman Facebook yang menyiarkan foto karyanya, dan dapat mempunyai pelanggan dari luar Sweida, yang menghantar permintaan khas untuk lukisan pada majlis-majlis khas. Justeru, Sharani telah mula mereka bentuk jam dinding dan bentuk lain memandangkan permintaan semakin pelbagai. – Xinhua

    Sharani meluangkan sedikit masa untuk mencipta lukisan daripada pin dan benang, seni lama yang dipanggil Filografi. – Xinhua
    Rahaf Sharani menunjukkan karya seni pin dan benangnya di bandar Sweida, Syria. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...