Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ifa Raziah akui lebih selesa guna nama pentas

    Tujuh tahun menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, namun penyanyi Ifa Raziah memberitahu dia lebih selesa menggunakan nama pentas.

    Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, berkata, gelaran tersebut tidak memberi kelebihan kepadanya dalam bidang seni mahupun perniagaan.

    Malah, Ifa yang juga seorang penyanyi dangdut ini secara berseloroh berkata dia akan mengalami kesukaran untuk memohon tajaan sekiranya menggunakan gelaran tersebut.

    “Sebab dah lama dah, dari tahun 2016, saya terima gelaran itu dari Perak. Waktu itu memang dah keluar ura-ura mengenai perkara itu cuma saya tidak mahu menggunakan gelaran tersebut.

    “Saya nak dikenali sebagai Ifa Raziah. Saya dapat gelaran itu pun atas nama Saripah Raziah Mustapha. Kalau letak Datuk Saripah Raziah, siapa nak kenal.

    Ifa Raziah enggan guna gelaran ‘Datuk’ ditakuti mengalami kesukaran untuk memohon tajaan – Agensi

    “Jadi, sekarang tetap gunakan nama pentas ‘Ifa Raziah’. Bagi saya, tak ke mana pun pangkat ini sebab kita sama saja. Lagi susah saya nak minta tajaan,” katanya kepada mStar.

    Ifa ditemui di sidang media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen dan Kecantikan serta Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Grand Malaysia Bazaar, Bukit Bintang City Central (BBCC), Kuala Lumpur kelmarin.

    Menerusi laporan mStar pada 12 Ogos 2016, Ifa mengakui darjah kebesaran Ahli Setia Diraja yang diterima daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia dan tidak perlu dipersoalkan.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Terus Terang ini turut memberitahu dia tidak mahu menggunakan gelaran tersebut kerana enggan dianggap seperti sudah menjadi jutawan.

    “Bagi saya, ramai saja individu bergelar Datuk tapi bukan jutawan. Sebab itu saya tidak mahu gunakan gelaran Datuk, saya belum lagi jutawan.

    “Biar orang nampak dan menilai hasil kerja saya. Lagipun, saya lebih suka dan selesa panggil nama saya Ifa Raziah. Tapi kalau untuk acara atau majlis rasmi, boleh guna gelaran Datuk,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...