Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    JPBD rai penubuhan ke-50 tahun

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Menghormati hak berjiran adalah penting dalam merancang atau menyelaras kemajuan melalui pematuhan undang-undang dan piawaian perancangan bertujuan untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif bagi menjana keharmonian hidup bermasyarakat.

    Perkara tersebut adalah antara yang dijelaskan dalam initipati ceramah khas pada Majlis Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat
    Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Acara dimulakan dengan sembahyang fardu Asar berjemaah dan seterusnya diisikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Menjaga Kesejahteraan Hidup Berjiran melalui Perancangan Guna Tanah dan Kemajuan yang Teratur’ disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat Dua, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yusof bin Haji Abdul Majid.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, timbalan-timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pembangunan, ahli-ahli komiti di bawah Autoriti Perancang, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, serta para pegawai dan kakitangan dan mantan warga JPBD.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan.

    Yang Berhormat Menteri Pembangunan semasa menghadiri majlis tersebut, kelmarin. – Gambar serahan JPBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...