Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kementerian Pertahanan semarak Malam Nisfu Syaaban

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Malam Nisfu Syaaban 1443 Hijrah secara serentak di seluruh surau Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.

    Hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir. Turut hadir ke majlis tersebut ialah pemangku setiausaha tetap; peringkat kepimpinan, dan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sembahyang fardu Maghrib, bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali beramai-ramai. Majlis diikuti dengan Doa Khas Malam Nisfu Syaaban dan diakhiri dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah.

    Majlis tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk meningkatkan amal ibadah mereka, selain memohon keampunan dan keredaan Allah SWT pada Malam Nisfu Syaaban iaitu malam yang penuh keberkatan dan keistimewaan bagi umat Islam.

    Antara warga Kementerian Pertahanan dan ABDB yang hadir pada Majlis Malam Nisfu Syaaban 1443 Hijrah, kelmarin. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...