Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kes aktif COVID-19 lebih 15,000

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Negara Brunei Darussalam tidak merekodkan sebarang kematian dalam tempoh 24 jam lalu, namun tiga kes kini dalam kategori 5 manakala tiga lagi dalam kategori 4.

    Di samping itu, sebanyak 2,466 kes baharu COVID-19 dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan 34,979 orang. Ia adalah hasil pengesanan ujian swab RT-PCR sebanyak 483 kes, manakala ujian pantas antigen (ART) sebanyak 1,983 kes. Kementerian Kesihatan melalui kenyataan hari ini, menjelaskan, sebanyak 5,086 ujian makmal dijalankan dalam 24 jam lalu.

    Sejumlah 362 pesakit sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh kepada 19,404 dan kes aktif sebanyak 15,466. Kadar penggunaan katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara adalah pada 8.1 peratus.

    Bagi program inokulasi, sejumlah 94.9 peratus menerima satu dos, 94.2 peratus lagi dua dos vaksin manakala dos ketiga sedikit menaik pada 51.1 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...