Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kes daripada ujian ART meningkat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Negara Brunei Darussalam mencatatkan enam kes dalam kategori 5 yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di unit rawatan rapi manakala tiga lagi kes dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Manakala sebanyak 3,962 kes baharu jangkitan COVID-19 telah disahkan hari ini, membawa jumlah keseluruhan kepada 59,447 orang. Daripada jumlah itu, sebanyak 789 adalah daripada ujian RT-PCR dan 3,173 lagi ujian ART.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan di sini hari ini, sebanyak 3,495 kes telah disahkan sembuh, membawa jumlah yang sembuh kepada 31,022 orang manakala jumlah kes aktif ialah 28,304.

    Kadar penggunaan katil di pusat pengasingan di seluruh negara pula 12 peratus. Manakala kadar vaksinasi penduduk setakat 26 Februari bagi yang menerima tiga dos vaksin ialah 54.2 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...