Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kim Kardashian disiasat FBI

    Selepas nama Leonardo DiCaprio disebut-sebut mempunyai kaitan dengan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), seorang lagi selebriti terkenal iaitu Kim Kardashian pula menjadi sebutan dalam kes tersebut.

    Bloomberg Businessweek melaporkan kedua-dua selebriti itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan usahawan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa menjadi dalang dalam kekecohan 1MDB.

    Kim dan Leonardo juga telah disoal siasat oleh bahagian Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat serta Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana.

    Sementara itu dalam satu dokumen Federal Bureau of Investigation (FBI) yang tidak didedahkan terdapat maklumat lebih terperinci tentang bagaimana siasatan dijalankan terhadap beberapa orang selebriti terkenal bagi siasatan terhadap Jho Low.

    Kardashian pada Februari 2019 memberitahu FBI pertemuannya dengan Jho Low dan berpesta di Las Vegas dengan ahli perniagaan itu memberi tunangnya ketika itu, Kris Humphries, AS$100,000 untuk bunga api bagi perkahwinan mereka pada 2011.

    Laporan tersebut juga menyebut Kim turut menerima transaksi sejumlah wang dengan nilai yang besar.

    Wakil kepada Kim dan Leonardo bagaimanapun enggan memberi sebarang maklum balas berkaitan isu terbabit. – Agensi

    Kim telah melalui proses soal sia-satan berhubung penyelewengan 1MDB. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...