Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Krisdayanti mengaku buat pembedahan plastik

    Secara terbuka penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti mendedahkan dia beberapa kali melakukan pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah dan tubuh yang cantik.

    Penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia ini memberitahu setiap pembedahan dan rawatan menelan belanja yang tinggi dan dia akan mendapatkan perkhidmatan doktor terbaik di luar Indonesia.

    “Sebagai seorang public figure, kita perlu sentiasa menyerlah. Jadi saya perlukan pembedahan kecantikan.

    “Tetapi saya lakukannya dengan doktor yang bertauliah.

    “Saya hanya untuk senangkan suami dan diri sendiri sahaja. Saya tidak ganggu orang lain,” tambahnya.

    “Di Singapura, kos konsultasi doktor sahaja sudah mahal, belum lagi kos pembedahan dan bilik yang dikira mengikut jam,” jelas Krisdayanti.

    Dalam masa sama Kridayanti akui pernah melakukan implan payudara. Namun dia menegaskan tidak pernah membuat sebarang perubahan besar pada bahagian hidung.

    “Saya tidak pernah melakukan pembedahan hidung, hanya sedikit sahaja,” katanya.

    Dia turut mendapatkan rawatan stem sel di Jerman yang memberi perubahan pada stamina. – Agensi

    Krisdayanti mendedahkan dia melakukan pembedahan plastik untuk menyenangkan hati suami dan dirinya sendiri sahaja. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...