Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lapan lagi kes positif COVID meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Lapan kes yang disahkan positif COVID di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia dalam masa 48 jam yang lalu.

    “Tiga kes adalah kematian disebabkan jangkitan COVID dan lima kes tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media yang diadakan di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mendiang dan Allahyarham.

    “Semoga keluarga mendiang diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi pemergiannya dan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Al-Fatihah,” beliau mendoakan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...