Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    Lebih 300,000 lintasi sempadan sejak Ogos

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Lebih 300,000 orang dicatatkan keluar dan masuk sejak sempadan darat dibukakan pada 1 Ogos yang lalu manakala Exit and Entry System (EES) mendapat sambutan yang baik dalam kalangan orang ramai.

    Setakat ini, belum ada isu-isu yang didengar mengenai sistem tersebut, malahan ramai yang mengatakan ia lebih mudah digunakan.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah (gambar bawah) menjelaskan perkara itu semasa menjawab persoalan pengamal media mengenai respons EES pada sidang media hari ini.

    Menurutnya, sejak sempadan darat dibukakan, kira-kira 350,000 orang telah menggunakan pos kawalan darat di seluruh negara.

    “Walaupun pada peringkat awal memang kebanyakan orang baharu pernah menggunakan sistem ini, tetapi rata-ratanya memberikan respons yang positif,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai menyediakan dokumen-dokumen penting seperti maklumat kenderaan, menyediakan insurans jika keluar negara dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan